Tuesday, July 8, 2008

Balairung Seri

Pada 12 Julai 2008, sekolah kami akan mengadakan Fiesta Bahasa di Balairung Seri. Kami akan mempamerkan bakat-bakat yang ada dalam murid kami ketika mereka berjaya memenangi hadiah dalam peraduan yang diadakan di sekolah. Namun, perbezaan pada hari itu adalah kami akan menjemput ibu bapa mereka agar mereka dapat berpeluang melihat kebolehan anak-anak mereka berbahasa Melayu di sekolah. Ibu bapa juga boleh mengetahui akan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim. Acara ini juga memberi peluang bagi ibu bapa berhubung rapat bersama guru-guru dan dapat berkommunikasi mengenai perkembangan anak-anak mereka secara santai. Pada akhir acara itu, mereka akan dijamukan dengan hidangan istimewa. Dewan sekolah akan dihiaskan seperti sebuah balairung di sebuah istana. Kami harap acara ini akan berjaya.

1 comment:

Merahcaga said...

Wah!!! Gah seklai. Mesti pakai baju songket beserta tahta berlian! semoga berjaya dan acara berjalan dengan lancar.